Friday, February 11, 2011

RUMAH KEBAJIKAN DARUL ISLAH LIL BANAT



DARUL ISLAH LIL BANAT



Mula beroperasi pada Januari 2011, merupakan cawangan kepada Rumah Kebajikan Darul Islah Sabak Bernam, menjalankan program Rawatan, Pengajian Al Quran/Tahfiz, Fardhu Ain dan motivasi khusus kepada golongan belia/remaja/kanak-kanak perempuan sahaja (12 tahun hingga 16 tahun) juga menumpukan kepada aktiviti kebajikan khusus kepada ibu-ibu tunggal/ asnaf miskin.

Darul Islah Lil Banat - membawa MISI untuk membela nasib pelbagai kategori bermasalah dari peringkat kanak-kanak, remaja/belia (perempuan) hingga keperingkat dewasa mahupun yang telah meniti usia bagi menjalani sausana kehidupan yang lebih baik, sihat dan selamat di dunia dan di akhirat berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w. dan dengan VISI melahirkan belia/remaja dan masyarakat yang sihat dari sebarang Penyakit Sosial untuk memartabatkan Agama, Bangsa Dan Negara.

MASA/PAGI AKTIVITI
5.00pg. - 6.00pg. Bangun pagi/Qiamulail
6.00pg. - 7.00 pg. Solat Subuh/Zikir Al Makhturat /Kuliah Subuh
7.00pg. - 8.00 pg Persiapan Diri/ Sarapan Pagi/ Riadhah
8.00pg. - 11.00 tgh. Kelas Pengajian Al Quran
11.00tgh. - 12.00 tgh. Kuliah/Kelas
12.00tgh. - 1.30 tgh. Rehat dan Makan tengahari
MASA/PETANG AKTIVITI
1.30ptg. - 2.00 ptg. Solat Zohor
2.00ptg. - 4.30 ptg. Kelas Pengajian Al Quran
4.30ptg. - 5.30 ptg. Solat Asar,(zikir Al Makhturat)
5.30 ptg.- 6.30 mlm Riadah
6.30 mlm- 7.00mlm Persiapan Diri/ Makan Malam
MASA/MALAM AKTIVITI
7.00mlm - 8.30 mlm Solat Magrib/ Zikir/Kuliah
8.30mlm - 9.00 mlm Solat Isyak
9.00mlm - 10.30 mlm Kelas Pengajian Al Quran
10.30mlm Rehat/ Tidur



* Selingan subjek - Fardhu Ain, Tajwid, Jawi, Bahasa Arab.
*Malam Jumaat & Selasa - Bacaan Yassin

SABTU
* Aktiviti Luar - (Gotongroyong, pertanian, taman dll)
* Usrah Pelajar
* Latihan Khasidah/ Nasyid
AHAD
*Aktiviti Individu/ Lawatan
* Latihan Khasidah/ Nasyid* Sesi Motivasi




PENGAMBILAN PELATIH
i. Tidak ada penyakit sampingan yang kronik
ii. Mendapat persetujuan Ibubapa/ Penjaga
iii. Berumur 10 hingga 15 tahun
iv. Bayaran makan, elektrik dan air mengikut kemampuan - RM200.00
hingga RM250.00 sebulan
v. Sesi temuduga kemasukan.




KATEGORI KEMASUKAN BELIA/REMAJA.
i. Remaja yang ingin mendalami pengajian bahagian Agama.
ii. Remaja yang telah mula berjinak-jinak dengan masalah sosial
ii. Remaja/kanak-kanak bermasalah, anak-anak ibutunggal, keluarga miskin/sakit yang
tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat akademik.
iii. Remaja tidak mahu bersekolah
vi. Anak-anak mangsa keganasan rumah tangga/ keluarga berantakan







AKTIVITI KEBAJIKAN UNTUK IBU-IBU TUNGGAL MISKIN/ ASNAF.
Program untuk Aktiviti Kebajikan kepada Ibu-ibu tunggal miskin/Asnaf
i. Kursus/Latihan Asas Jahitan Pakaian Wanita/Lelaki
ii. Aktiviti Kerohanian
iii. Aktiviti Masakan
iv. Aktiviti Keusahawanan
v. Motivasi Jati Diri/ Kemah Ibadah
vi. lain-lain






AKTIVITI KEMAHIRAN PELAJAR 12TAHUN - 16 TAHUN (SABTU & AHAD)
i. Aktiviti Masakan
ii. Aktiviti Jahitan/ Kraftangan
iii. Sulaman Manik/ Tulang Belut

KURSUS-KURSUS DAN SEMINAR.
i. Kursus Mandi Jenazah
ii. Seminar Motivasi Jatidiri
iii. Kemah Ibadah
iv. Seminar Pembangunan Insan/ Kerohanian

AKTIVITI TAHUNAN
i. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga.
ii. Sambutan Hari Keluarga
iii. Sambutan Hari Raya Aidil Adha
iv. Sambutan Maal Hijrah
v. Sambutan Maulidur Rasul
vi. Lawatan Sambil belajar ke Pusat-pusat Pendidikan agama di lain-lain tempat yang bersesuaian.




LOKASI/ PENEMPATAN
Bangunan Dua Tingkat, Rumah Kediaman Kampung beralamat di;
DARUL ISLAH LIL BANAT, Jalan Kg. Sg. Serdang, Kg. Sg. Serdang, Kapar Klang.




3 comments:

  1. Kepada yang berminat untuk mendaftar kemasukan sila hubungi 019 6966200. Kemasukan terhad. Untuk pelajar perempuan sahaja.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nak tanya macam anak saya berumur sekarang 26 tahun terlibat dengan gejala sosial dadah boleh ke saya nak mohon masukkan anak saya di puasat ini... Mohon pencerahan Tuan

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..mohon pencerahan...anak saya lelaki berumur 28 tahun terlibat dgn dadah...boleh kah ank saya mendaftar di rumah kebaikan Darul Islah ini?

    ReplyDelete